Tuesday 29 April 2014

8 Manfaat Yang Kita Dapat Bila Selalu Makan Betik

Dahulunya ada sepohon betik di tepi bilik air rumah keluarga. Tidak ingat pula, betik ini arwah ayah tanam atau tumbuh sendiri. sebiji dua sahaja yang diambil untuk makan dan yang lainnya jatuh buruk atau buruk atas pokok. Akhirnya ia ditebang.

Dan tidak ada sesiapa pun yang mahu menanamnya semula atas tanah di sekeliling rumah. Yang ada pun, ia tumbuh sendiri daripada biji benih yang dibuang. Saya tidak kenal sesiapa pun yang menanam betik di sekeliling rumah. Selalunya ia tumbuh sendiri. Bila tumbuh, baharulah ia dijaga.

Saya sendiri pun sebenarnya sudah lama tidak makan betik. Bila melihat potongan buah yang dijual, selalunya akan ambil tembikai, mangga, jambu air atau sengkuang. Patutnya betik menjadi pilihan kerana betik punya banyak vitamin dan nutrient yang teramat bagus untuk kesihatan.

Patutnya betik menjadi makanan ringan pada bila-bila masa kerana ia buah-buahan tempatan dan harganya yang murah.

Berikut adalah 8 sebab terbaik untuk kita selalu makan betik:-

1 # Betik mengandungi chymopapin dan papain, dua enzim protein untuk proses pencernaan. Juga tinggi vitaminA, vitaminC dan karotena. Semua ini membantu melindungi kita daripada rheumatoid arthritis, iaitu sakit sakit sendi dan radang kulit, iaitu kulit merah, bengkak, sakit dan gatal.

2 # Ubat antibiotik yang diguna untuk mengawal kuman boleh menjadi bahan yang bahaya kepada badan kerana ia bukan sahaja membunuh kuman berbahaya, ia juga boleh membunuh kuman atau bakteria berfaedah yang ada dalam perut dan usus. Betik yang dijadikan jus boleh menambah kuman ‘baik’ ini. Jadi semasa atau selepas mendapat rawatan antibiotik, cuba makan banyak betik atau jusnya. Ia murah berbanding minuman kultur dalam pasaran.

3 # Orang selalu berkata…”tak lalu nak makan, tekak rasa loya”. Loya bukan datang dari tekak. Rasa loya disebab makanan dalam perut yang tidak dihadam dengan sempurna dan asid dalam perut yang tidak seimbang. Betik boleh membantu mengurangkan rasa loya atau rasa mahu muntah-muntah. Terutamanya rasa tidak selesa perut pada awal pagi. Mungkin sepotong betik boleh dijadikan menu sarapan pagi?

4 # VitaminA dan beta karotena dalam betik juga bagus untuk mata. Menghalang mata daripada merosot fungsinya. Jus betik lebih murah daripada jus berry yang juga bagus untuk penglihatan. Jadi kita ada pilihan untuk memilih berdasarkan kemampuan kewangan.

5 # Kerja yang teruk boleh mendatangkan stress kepada seseorang. Apa kata selepas teruk bekerja, akan sepotong betik. Ia bagus untuk menngawal hormone tekanan, sekaligus mengurangkan stress.

6 # Ini berita baik untuk wanita yang ada senggugut. Ia bukan sepotong betik atau sebiji betik. Ianya daun betik. Lagi berita baik ialah, rebusan pucuk betik walaupun kelat pahit tapi amat disukai oleh orang di sebelah nusantara ini. Sesiapa yang tidak menyukainya, kenalah menyukainya selepas ini.

7 # Papain, salah satu enzim dalam betik sedang dikaji sebagai mungkin dapat dijadikan ‘bahan bantu’ untuk menghilangkan kesan rawatan kanser atau kesan selepas kemoterapi seperti keguguran rambut, kesukaran menelan makanan. Ini juga bermakna makan betik dapat membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

8# Pengambilan ubat perancang kehamilan dan tabiat merokok memungkinkan seseorang itu mendapat strok atau saluran darahnya menjadi beku. Tabiat suka makan betik boleh membantu menghalang darah menjadi beku. Fibrin yang terdapat dalam betik ialah enzim yang dapat membantu mencegah darah menjadi beku. Akan tetapi antara memakan betik dan merokok, saya syorkan untuk berhenti merokok sebagai cara mengelak diri dari terkena strok.

Sebenarnya terdapat banyak manfaat kesihatan memakan betik. Antara lainya betik dapat merawat tumit kaki pecah. Lenyek betik dan sapu pada tumit yang pecah. Biarkan seketika sebelum membasuhnya dengan air suam.

Adakah anda tahu manfaat betik yang lain? Komen untuk berkongsi pendapat anda. Juga jika anda mendapati nota ini bermanfaat, apa kata kongsikannya dengan orang lain dengan klik butang share di bawah!

Saturday 19 April 2014

10 Makanan Bagus Untuk Kecantikan Kulit

Produk kesihatan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dan ia amat laris. Walau ada produk yang tidak berjaya dalam pasaran. Namun rata-ratanya pengusaha produk ini berjaya dan menjadi kaya raya.

Tidak banyak produk kecantikan yang murah. Kerana itu ia memberikan masalah kepada mereka yang mahu menjaga kesihatan tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang secukupnya membeli dan mengamalkan p
roduk ini bagi menjaga kesihatan diri. Wang yang ada perlu digunakan untuk membeli makanan yang lebih mengenyangkan.

Ada cara yang mudah. Iaitu mengamalkan makanan yang dapat memberikan kesihatan. Bukankah itu yang lebih bagus? Berbelanja sekali untuk dua keuntungan. Rasa kenyang dan penjagaan kesihatan!

Berikut adalah 10 jenis makanan yang memberikan kesihatan terutamanya untuk kesihatan kulit.

1# Lada Benggala

Selain dimasak Lada benggala boleh juga dimakan mentah. Satu biji lada benggala cukup untuk membekalkan 100% keperluan vitaminC untuk sehari. Juga mengandungi vitaminB6 dan serat makanan yang membuatkan pemakannya merasa cepat kenyang.

Terdapat karotenoid dalam lada ini yang boleh membantu mencegah kedutan kulit dan meningkatkan peredaran darah ke kulit. Ia membantu kulit kelihatan lebih muda! Karotenoid juga agen melawan jerawat. Ia hanya ada 30 kalori. Memang bagus untuk mereka yang takut kepada kalori tinggi.

Kiranya kita suka makanan pedas, lebih baik menggunakan lada ini. Atau kalau tidak cukup pedas, campurkan lada ini bersama cili lain dalam masakan.

2# Coklat Gelap

Untuk memiliki kulit yang cerah dan sihat, makanlah coklat. Ia kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Antioksidan dalam coklat gelap membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit dari sinaran ultra unggu matahari. Kulit menjadi lebih sihat bila coklat membantu darah beredar dengan baik pada kulit.

Coklat yang baik ialah coklat mentah yang belum diproses. Coklat mentah ini biasanya dipanggil coklat masakan (cooking choc.) ia mungkin berbentuk kepingan bar atau serbuk.

3# Ikan Salmon

Salmon bagus untuk melawan tekanan, kebimbangan dan kemurungan diri. Ia membekalkan keperluan vitaminD untuk tubuh. vitaminD bertanggungjawab menjaga hati, tulang, usus dan otak. Salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3, lemak yang baik untuk untuk melawan radang, kedutan dan jerawat. Lemak ini juga membantu ‘melembabkan’ kulit termasuk kulit kepala. Ini membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat dan sihat.

4# Minyak Kelapa Dara

Mengandungi asid laurik, iaitu agen antibakteria dan antivirus yang mampu menjauhkan jangkitan virus, keradangan dan jerawat. Juga kaya dengan adis lemak dan vitaminE yang menjadikan kulit lembab, lembut dan membantu mengurangkan kedut.

5# Teh Hijau

The hijau bukan makanan. ia minuman. Tetapi tidak salahkan untuk memasukkannya dalam 10 kategori ini? Kerana siapa yang tidak minum setelah dia makan?

Teh hijau mengandungi bahan yang boleh membantu badan berehat setelah penat bekerja. rehat yang cukup bagus untuk kesihatan. Ia juga ada sejenis bahan iaitu catechins yang hanya akif bila teh hijau direndam dalam air panas. Bahan ini ialah anti kanser dan anti radang.

Memadai untuk minum satu cawan sehari, ia boleh mengurangkan risiko terkena tekanan darah tinggi.

6# Bayam

Tidak ramai yang sukakan bayam, tetapi kita patut tahu bayam ialah sumber zat besi, folat, klorofil, vitaminE, magnesium, vitaminA, serat, protein tumbuhan dan vitamin. Begitu banyak khasiatnya. Rugilah jika mengabaikannya.

Bayam juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan semua jenis masalah kulit. Menambah bayam sebagai sayur kegemaran seperti membersihkan kulit dari luar dan dalam!

7# Biji-Bijian

Biji bunga matahari, biji labu, biji rami dan segala biji yang boleh dimakan adalah baik untuk kulit. Biji labu dan biji bunga matahari kaya dengan selenium, vitaminE, magnesium dan protein. Selenium dan protein akan menghalang kedutan kulit awal. vitaminE meningkatkan kelembapan kulit. Magnesium merendahkan tekanan stress.

Bagus makan kuaci daripada biji-bijian. Yang tidak bagusnya ialah tahap kemasinan yang tinggi. Kita boleh ubah cara makan. Kita boleh goreng sayur kurang garam kemudian taburkan kuaci masin biji bunga matahari. Atau tabur di atas yogurt atau aiskrim!

8# Saderi

Ramai yang memandang rendah sayuran ini. Bila makan apa-apa sup di kedai, selalunya orang akan buang saderi yang ada dalam sup itu. Sedangkan saderi amat bagus untuk kesihatan. Saderi mengandungi vitaminK yang bagus untuk peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Saderi juga memiliki natrium semulajadi, kalium dan kandungan air yang tinggi yang membantu mengelakkan kulit kering. Kulit kering bermaksud kusam, mengelupas, kedut dan jerawat.

Lain kali bila ada saderi dalam sup, makan habis! Atau kalau sanggup boleh meratah saderi mentah!

9# Betik

Amalkan makan betik dan lupakan produk pelangsingan badan! Betik rendah kalori, tiada kolesterol dan ia mengenyangkan. Ia rendah fruktosa dan sangat baik untuk pencernaan usus. Bagus untuk penurunan berat badan!

Nutrien antioksidan di dalam betik termasuk vitaminC, vitaminE dan beta-karotena boleh mengurangkan keradangan dan jerawat juga melindungi kulit dari panas terik matahari.

Produk kesihatan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dan ia amat laris. Walau ada produk yang tidak berjaya dalam pasaran. Namun rata-ratanya pengusaha produk ini berjaya dan menjadi kaya raya.

Tidak banyak produk kecantikan yang murah. Kerana itu ia memberikan masalah kepada mereka yang mahu menjaga kesihatan tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang secukupnya membeli dan mengamalkan produk ini bagi menjaga kesihatan diri. Wang yang ada perlu digunakan untuk membeli makanan yang lebih mengenyangkan.

Ada cara yang mudah. Iaitu mengamalkan makanan yang dapat memberikan kesihatan. Bukankah itu yang lebih bagus? Berbelanja sekali untuk dua keuntungan. Rasa kenyang dan penjagaan kesihatan!

Berikut adalah 10 jenis makanan yang memberikan kesihatan terutamanya untuk kesihatan kulit.

1# Lada Benggala

Selain dimasak Lada benggala boleh juga dimakan mentah. Satu biji lada benggala cukup untuk membekalkan 100% keperluan vitaminC untuk sehari. Juga mengandungi vitaminB6 dan serat makanan yang membuatkan pemakannya merasa cepat kenyang.

Terdapat karotenoid dalam lada ini yang boleh membantu mencegah kedutan kulit dan meningkatkan peredaran darah ke kulit. Ia membantu kulit kelihatan lebih muda! Karotenoid juga agen melawan jerawat. Ia hanya ada 30 kalori. Memang bagus untuk mereka yang takut kepada kalori tinggi.

Kiranya kita suka makanan pedas, lebih baik menggunakan lada ini. Atau kalau tidak cukup pedas, campurkan lada ini bersama cili lain dalam masakan.

2# Coklat Gelap

Untuk memiliki kulit yang cerah dan sihat, makanlah coklat. Ia kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Antioksidan dalam coklat gelap membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit dari sinaran ultra unggu matahari. Kulit menjadi lebih sihat bila coklat membantu darah beredar dengan baik pada kulit.

Coklat yang baik ialah coklat mentah yang belum diproses. Coklat mentah ini biasanya dipanggil coklat masakan (cooking choc.) ia mungkin berbentuk kepingan bar atau serbuk.

3# Ikan Salmon

Salmon bagus untuk melawan tekanan, kebimbangan dan kemurungan diri. Ia membekalkan keperluan vitaminD untuk tubuh. vitaminD bertanggungjawab menjaga hati, tulang, usus dan otak. Salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3, lemak yang baik untuk untuk melawan radang, kedutan dan jerawat. Lemak ini juga membantu ‘melembabkan’ kulit termasuk kulit kepala. Ini membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat dan sihat.

4# Minyak Kelapa Dara

Mengandungi asid laurik, iaitu agen antibakteria dan antivirus yang mampu menjauhkan jangkitan virus, keradangan dan jerawat. Juga kaya dengan adis lemak dan vitaminE yang menjadikan kulit lembab, lembut dan membantu mengurangkan kedut.

5# Teh Hijau

The hijau bukan makanan. ia minuman. Tetapi tidak salahkan untuk memasukkannya dalam 10 kategori ini? Kerana siapa yang tidak minum setelah dia makan?

Teh hijau mengandungi bahan yang boleh membantu badan berehat setelah penat bekerja. rehat yang cukup bagus untuk kesihatan. Ia juga ada sejenis bahan iaitu catechins yang hanya akif bila teh hijau direndam dalam air panas. Bahan ini ialah anti kanser dan anti radang.

Memadai untuk minum satu cawan sehari, ia boleh mengurangkan risiko terkena tekanan darah tinggi.

6# Bayam

Tidak ramai yang sukakan bayam, tetapi kita patut tahu bayam ialah sumber zat besi, folat, klorofil, vitaminE, magnesium, vitaminA, serat, protein tumbuhan dan vitamin. Begitu banyak khasiatnya. Rugilah jika mengabaikannya.

Bayam juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan semua jenis masalah kulit. Menambah bayam sebagai sayur kegemaran seperti membersihkan kulit dari luar dan dalam!

7# Biji-Bijian

Biji bunga matahari, biji labu, biji rami dan segala biji yang boleh dimakan adalah baik untuk kulit. Biji labu dan biji bunga matahari kaya dengan selenium, vitaminE, magnesium dan protein. Selenium dan protein akan menghalang kedutan kulit awal. vitaminE meningkatkan kelembapan kulit. Magnesium merendahkan tekanan stress.

Bagus makan kuaci daripada biji-bijian. Yang tidak bagusnya ialah tahap kemasinan yang tinggi. Kita boleh ubah cara makan. Kita boleh goreng sayur kurang garam kemudian taburkan kuaci masin biji bunga matahari. Atau tabur di atas yogurt atau aiskrim!

8# Saderi

Ramai yang memandang rendah sayuran ini. Bila makan apa-apa sup di kedai, selalunya orang akan buang saderi yang ada dalam sup itu. Sedangkan saderi amat bagus untuk kesihatan. Saderi mengandungi vitaminK yang bagus untuk peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Saderi juga memiliki natrium semulajadi, kalium dan kandungan air yang tinggi yang membantu mengelakkan kulit kering. Kulit kering bermaksud kusam, mengelupas, kedut dan jerawat.

Lain kali bila ada saderi dalam sup, makan habis! Atau kalau sanggup boleh meratah saderi mentah!

9# Betik

Amalkan makan betik dan lupakan produk pelangsingan badan! Betik rendah kalori, tiada kolesterol dan ia mengenyangkan. Ia rendah fruktosa dan sangat baik untuk pencernaan usus. Bagus untuk penurunan berat badan!

Nutrien antioksidan di dalam betik termasuk vitaminC, vitaminE dan beta-karotena boleh mengurangkan keradangan dan jerawat juga melindungi kulit dari panas terik matahari.

10# Lobak Merah (karot)

Karot bukan sahaja baik untuk kulit malah baik untuk penglihatan. Karot boleh dipanggil ubat jerawat. vitaminA yang kaya di dalam karot membantu mencegah kanser kulit dan membantu menanggakan kulit mati.

Seperti saderi yang bagus diratah mentah, lobak merah atau karot juga sedap diratah. Jangan diratah lonak tua. Nanti ‘patah’ gigi. Pilih karot muda atau ‘baby’ karot yang lembut dan manis rasanya.

Kita tidak perlu makan semua ini sekaligus. Tetapi adalah bagus untuk memakan salah satunya dalam menu makanan setiap hari!

Pastikan untuk tidak terlalu banyak makan makanan ringan, banyak gula, lemak trans dan sebagainya yang tidak bagus untuk kesihatan.

Apa yang kita makan hari ini?